Pelaksana Undang-undang pun langgar undang-undang

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya dapat satu emel untuk bersama-sama berkongsi.. Berikut merupakan emel berikut :-

Hi mansterx,

Gambar yang disertakan di ambil tahun lepas kat simpang Jalan Kebun Teh menghala ke Jalan Tun Razak, Johor Baru.

Masa tu polis trafik dah pun menutup jalan selama 45 minit. Konon VVIP nak lalu. Frust giler. Tiba-tiba pulak aku nampak dari cermin belakang, kereta polis pegawai penyiasat JSJ memotong dari jauh melawan arus dan terus menghempit dari kiri masuk kembali ke lorong!

Double line pun dia gasak! Dia pikir dia tu polis terror ke? Tak payah ikut undang-undang? Bengang betul!

Tolong highlightkan!

Thanks.

polisohpolis

Sedikit ulasan dari Zool Ligakampung

Secara jujurnya, ia agak mengecewakan sekiranya pelaksana undang-undang sendiri melanggar undang-undang. Sepatut mereka kena tampal stiker ‘Pandu Ikut Lorong’ di setiap kenderaan polis. Perlu diingat polis juga tertakluk pada undang-undang melainkan sekiranya ada kecemasan seperti mengejar penjenayah dan tugas-tugas rasmi yang berkepentingan. Itu pun mereka perlu membunyikan siren bagi menandakan terdapat tugas penting dan bukan boleh saja-saja mainkan siren.

p/s :- Terima kasih kepada One Alpha yang mengirimkan gambar

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “Pelaksana Undang-undang pun langgar undang-undang”

  1. Kujie Says:

    selalu juga nampak seorg polis trafik yg tinggal kat taman perumahan kami bawa anak dia p sekolah agama pagi2, anak dia tak pakai helmet pun – dia pakai,siap beruniform mungkin nak pergi kerja – so singah2 hantar anak le kot

    [Reply]

    Pemandu cute Reply:

    tak best le camtukan..
    kalau sendiri tak ikut camne nak suruh pengguna jalan raya amalkan..

    [Reply]

  2. woaini_87 Says:

    hey… nak tanya.. polis tak yah pakai seat belt ke???

    [Reply]

    Pemandu cute Reply:

    mesti kena pakai.. tapi sapa nak tangkap dia ek??

    [Reply]

Leave a Reply