Jangan block keretaku
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Biasalah kalau kereta kena block terutama bila majlis yang penuh dan tiada kekosongan lagi. Tapi agak-agaklah juga. Dah tau block kereta orang cepat-cepatlah keluar.. Habis majlis pulanglah atau cari balik tempat yang sesuai. Janganlah menyebabkan orang menunggu..
Selepas majlis perarakan maulidul rasul pagi tadi ia berlaku kepada saya. Hampir setengah jam menunggu tiada orang.. ‘Handbrake’ kereta pula ditarik jadi susah untuk ditolak. ENtah camne tergerak di hati member untuk membuka pintu kereta tersebut. Loh rupanya tak berkunci.. Jadi kami pun menolak ke tempat kosong…. Ini gambar yang sempat disnap..

Tengah ingat nak balik tiba-tiba ada kereta block.. Terpaksalah tumpang kereta member untuk mengeteh..


Tengoklah betapa rapatnya ‘ Silver ray’ dengan kereta Kancil ni. Kan menyusahkan orang di dalam…
Kadang-kadang memang kita pun melakukan keadaan sedemikian tapi perlulah berfikir. Kalau block kereta orang perlulah keluar cepat. Tapi sebolehnya elakkan dari block kereta orang.. Jalan lah jauh sikit…
Akhir kata, berhati-hati kalau buat kesalahan.. Mungkin gambar kereta anda akan disnap dan dipapar di OhPemandu…