Rebut menaiki bas
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama tak menaip di blog ini. Cuba anda lihat gambar di bawah. Mungkin sesetengah dari anda mengalami situasi rebut-rebut naik bas terutama di kawasan bandar-bandar besar..

Sememangnya perkara ini menjadi sesuatu keadaan yang merbahaya bagi pengguna jalanraya yang lain. Antara situasi rebut menaiki bas yang boleh mendatangkan bahaya ialah :-
1. Dalam keadaan rebut itu mungkin boleh menyebabkan kecederaan. Mungkin terdapat penumpang yang jatuh ketika menaiki tangga atau terhimpit dengan asakan penumpang-penumpang.
2. Ada kemungkinan dompet penumpang dicuri dan sukar untuk mengesan pencurinya.
3. Pergaduhan akibat tolak menolak. Ini mungkin boleh berlaku sekiranya tekanan berlaku antara satu sama lain.
4. Gangguan seksual kepada kaum wanita. Apabila keadaan rebut merebut berlaku pastinya ada lelaki hidung belang yang mengambil kesempatan.
5. Pakaian rosak atau koyak. Keadaan ini boleh menyebabkan perasaan malu. Bila berlaku tolak menolak dan tarik menarik mungkin boleh merosakkan pakaian anda. Rasanya banyak berlaku situasi baju koyak ketika menaiki bas.
Rebut merebut menaiki bas menunjukkan mentaliti yang rendah di kalangan rakyat kita. Cuba kita lihat di negara maju di mana mereka beratur dengan berdisiplin. Ini perlu dicontohi memandangkan negara sedang menuju ke arah negara maju. Moga sedikit sebanyak menjadi panduan kepada kita semua..
Sekian.