Oh Pemandu
| Pemandu Oh Pemandu |
Iklan sponsor OhPemandu

Ada sesiapa nak iklan produk di OhPemandu.com ? Hubungi mansterx[at] gmail.com .tukarkan [at] ke @

Tanda-tanda isyarat yang biasa dilakukan oleh Pemandu

Posted on May 5th, 2010 by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak lama tidak menulis. Menggantikan PemanduCute dan krew OhPemandu seketika. Untuk entri kali ini tiada gambar dipaparkan cuma berkongsi tentang isyarat-isyarat yang biasa dilakukan oleh pemandu kita. Antaranya :-

1. Isyarat tangan ke kepala seperti menyapa. Tanda terima kasih. Kebiasaannya isyarat ini dilakukan sekiranya pihak bertentangan memberikan laluan ketika melalui jalan sempit..
2. Isyarat kelip-kelip lampu. Ini biasa berlaku kalau di kawasan hadapan terdapat ‘road block’ samada oleh JPJ atau polis. Ianya membantu terutama kalau tak pakai tali pinggang keledar, budak motosikal tiada lesen, lori muatan penuh.. Tapi mungkin membantu penjenayah mengetahui polis lalu mengelak jalan lain..
3. Isyarat lampu kecemasan. Ini berlaku kalau kereta mengalami kerosakan atau kecemasan. Ianya memang sepatut diguna hanya untuk kecemasan sahaja. Selain itu kalau kat lebuhraya, kereta menggunakan isyarat kelip-kelip untuk menyuruh kereta depan ke tepi. Kalau yang biasa lalu lebuhraya pasti selalu mendapat isyarat ni kan..
4. Bunyi hon kuat. Kadang-kadang untuk mengejutkan orang depan yang lambat ketika di lampu isyarat. Kadangkala ianya membahayakan sebab mungkin orang depan boleh terkejut dan panik…
5. Menunjuk isyarat lucah tak puas hati sebab pemandu di depan bawa terhegeh-hegeh. Perkara ini patut dielakkan kerana boleh menimbulkan perbalahan antara satu sama lain..

Okay rasanya itu antara isyarat-isyarat yang biasa dilakukan oleh pemandu di Malaysia . Anda mempunyai isyarat lain untuk dikongsi bersama?? Silakan..

Related Posts with Thumbnails

Join the Discussion - Post your comment  One Response to “Tanda-tanda isyarat yang biasa dilakukan oleh Pemandu”

  1. kenwooi Says:

    what if dont give isyarat.. just bagi muka tak gembira if something not-so-nice happen on the road.. =P

    [Reply]

Join the Discussion - Post your comment Leave a Reply