Bila jalan jam
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Baru-baru ni si Zool pergi mesyuarat di Pusat Bandar Damansara. Dalam perjalanan berlaku kesesakan jalanraya di lebuhraya sebelum persimpangan Universiti Putra Malaysia. Memang banyak sekali kereta beratur. Memang penat walaupun sebagai penumpang ( driver orang lain). Okay cukup tentang tu. Sememangnya di mana-mana negara yang mempunyai kenderaan yang banyak pasti masalah ‘traffik jam’ akan berlaku. Antara penyebabnya ialah :-
1. Kemalangan di tengah jalan. Situasi ini akan melambatkan pergerakan kenderaan disebabkan gangguan dijalan tersebut. Lebih menganggu bila kenderaan tersebut sukar atau lambat dialihkan. Penyibukan pemandu-pemandu lain yang menolong ‘tengok’ juga patut dielakkan. Kalau tak rasa nak bantu, baik teruskan perjalanan. Kalau nak ambil nombor pun tak payah nak berhenti ( AMARAN!! BERJUDI ADALAH HARAM DI SISI ISLAM.. BERDOSA BESAR TU)
2. Bencana alam. Kebiasaannya, bencana seperti banjir akan menyebabkan berlakunya traffik jam akibat jalan yang dinaiki air. Elakkan dari melalui jalan yang selalu mengalami banjir sekiranya hujan lebat. Cuba cari jalan alternatif lain yang lebih selamat. Seperti kata pepatah, biar lambat asal selamat.
3. Kenderaan rosak. Ini juga penyebab utama berlaku ‘traffik jam’. Nak buat camne, kadang-kadang dah buat pemeriksaan tapi tetap juga rosak. Berkait rapat dengan kenderaan rosak, si Zool perhatikan yang banyak pemandu bila memandu mengekori rapat (cucuk) kenderaan hadapan. Perkara ini amat merbahaya. Bayangkan tetiba kereta rosak atau brek mengejut. Pasti akan berlaku pelanggaran atau anda tersangkut untuk keluar. Elakkan dari memandu terlalu rapat dengan kenderaan hadapan.
4. Pembaikan jalanraya. Kadang-kadang waktu ramai dilakukan kerja-kerja pembaikan oleh pihak kontraktor. Tapi nak buat camne. Terpaksa bersabar. Mungkin jalan yang buruk akan bertambah baik..
5. Ada perhimpunan haram. Walaupun negara kita aman tapi kadangkala bila berlaku perhimpunan di jalanraya membuatkan jalanraya sesak. Selalu-selalulah mengikuti perkembangan semasa bagi mengelakkan anda melalui jalan yang akan dibuat perhimpunan.
Okay cukuplah entri untuk hari ini. Berikut merupakan gambar ketika si Zool menghadapi traffik jam sebelum tol Sungai Besi

Memang penat tengok kereta jalan perlahan-lahan cam siput..

Papan LED yang memberitahu tentang kemalangan yang berlaku di hadapan.
Ops.. Sekali tak sempat nak ambil gambar kereta kemalangan tu. Yang nampak, kereta MyVi yang renyuk di hadapan dan dibelakang.
Kepada yang berani, cubalah menyertai contest OhPemandu. Tinggal 2 bulan (29 Julai 2010) je lagi sebelum tamat tu.. Jangan biarkan idea kreatif anda dimakan anai-anai ye..
July 29th, 2010 at 11:47 am
mmg sakit hati bila jln jem kan..
Penjaga Gol Paling Relax Di Piala Dunia 2010
[Reply]