Oh Pemandu
| Pemandu Oh Pemandu |
Iklan sponsor OhPemandu

Ada sesiapa nak iklan produk di OhPemandu.com ? Hubungi mansterx[at] gmail.com .tukarkan [at] ke @

Pengalaman pertama kali mengisi minyak

Posted on July 31st, 2010 by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk entri ini, si Zool mendapat cerita dari seorang pembaca setia OhPemandu (tak sangka ada peminat gak OhPemandu ni). Beliau memberikan ceritanya tentang pengalaman pertama beliau mengisi minyak di petrol. Layankan,

Uploaded with ImageShack.us

Cerita ni berlaku pada beberapa bulan yang lepas. Aku ni baru je berani-berani bawa kereta pergi tempat kerja. Sebelum ni abah aku je yang drive. Tapi disebabkan ingin berdikari aku gagahi diri untuk memandu. Lagipun tempat kerja aku dengan rumah bukan jauh sangat.
Aku pun memandu la kereta Toyota Vios yang baru seminggu bertapak kat rumah ni. Pemberian abah sempena aku dapat kerja (tapi bulan-bulan kena bayar la juga).
Start je enjin tengok lampu minyak dah berkelip-kelip. Aduhai, abah aku tak isi minyak le ni. ‘ Abah, minyak dah habis lah’ teriakku.. ‘Ala kang kat Simpang **** ada stesen minyak, isi je la..’ .. ‘Okay lah bah,,’ kataku tak mau bertekak ngan abah yang baru balik dari kursus kat luar negara. Kang menjawab derhaka pula..

Sampai je stesen minyak **** aku berhenti dengan penuh debaran. Berdegup-degup jantung sebab ini kali pertama aku mengisi minyak sendiri. Sebelum ni pun kalau pergi jalan pun abah yang isikan.dugaan pertama… punyer la susah nk bukak tudung minyak keta tu…Hampir 5 minit juga aku nak pusingkan tudung tangki tu…
dah dapat bukak… aku amiklah noozle tu…sekali aku sumbat tak dapat masuk…aku heran la.. ada apa bende lagi yang aku tak bukak ni..Terus call abah aku… marah la dia sebab cakap sepatutnya macam biasa je.. aku dah panic sebab lambat dah nak masuk ofis…
sekali ada sorang jejaka kacak ala-ala Fahrin Ahmad datang sambil tersenyum….’Cik adik. ini noozle utk diesel, sebab tu tak boleh. Kete cik adik kalau masuk minyak diesel ni boleh meletup tau’……
Aduhhhhh… malu giler wehhhhh. Nasib baik pakwe tu hensem, hilang sikit rasa malu tu,oit..pastu lepas tukar la noozle. Tapi ada masalah lagi.. tekan-tekan minyak tak jalan. aku jerit kat kaunter dan diorang pun tengok. Patutlah, aku tak bayar lagi, mana nak masuk minyak. Aku pun bagi duit kat pekerja minyak dan tekan nozzle tu. Tekan-tekan kejap masuk kejap tak, aku pun panggil pekerja Bangla suruh isikan. memang bengang gile..

aku sungguh malu….lambat sampai ofis haritu . Dah sampai opis sekali ada plak member yang jadikan bahan sebagai isu. Rupa-rupanya dia ada kat sebelah je masa aku tengah bermasalah isi minyak tu. Tak guna punya kawan..

Ha hahah. Lawak gak cerita minah ni. Rasanya mungkin ada yang pernah mengalami keadaan yang sama kot..

Related Posts with Thumbnails

Join the Discussion - Post your comment  5 Responses to “Pengalaman pertama kali mengisi minyak”

  1. IMCurtain.com Says:

    Oh Pemandu » Blog Archive » Pengalaman pertama kali mengisi minyak…

    Pengalaman pembaca OhPemandu mengisi minyak…

  2. Arra Jasmy Says:

    Huhu..ara pon tahu bawak je kete.tak penah isi minyak sndri.nanti mesty gelabah jugak.huhu

    [Reply]

  3. ken Says:

    i think my first time went well.. coz got ppl guide =P

    [Reply]

  4. pusher Says:

    sllu hadap benda yang complicated,benda simple mesti wat spoil…huhu

    [Reply]

  5. Ali ridha Says:

    aku isi 1 hinggit je.sbb dulu minyak
    murah.

    [Reply]

Join the Discussion - Post your comment Leave a Reply