Peraduan mencari tagline untuk OhPemandu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kalau anda perhatikan, blog OhPemandu ni tiada ‘tagline’ lagi. Si Zool dan krew OhPemandu telah bertungkus lumus mencari ‘tagline’ yang sesuai namun masih buntu. Jadi setelah melakukan perbincangan sesama ahli, maka elok kiranya kami meminta jasa baik pihak pembaca untuk mencari tagline yang sesuai. Tapi mestilah ada ganjarannya kan.. Jadi dengan berbesar hatinya dibuka peraduan untuk mencari tagline untuk OhPemandu. Biasalahkan, mana-mana peraduan mesti ada hadiah, syarat, cara dan tarikh tutup. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu anda baca dengan teliti kalau ingin menyertai peraduan ini..

Syarat-syarat penyertaan
1. Penyertaan terbuka kepada blogger sahaja (kepada yang tiada blog, eloklah kiranya mendaftar blog )
2. Warganegara Malaysia (hadiah akan dihantar kepada peserta dari Malaysia sahaja).
3. Mereka yang mempunyai tali persaudaraan yang dekat serta berada di tempat kerja yang sama dengan penganjur tidak layak menyertai (bagi mengelakkan kroni yang menang atau sakit hati bila kalah).
4. Idea mestilah asli dan tidak dicuri dari mana-mana. Ingat ye..
5. Pastikan anda mempunyai akaun bank di Malaysia. Sekiranya tiada kemenangan anda mungkin sia-sia sahaja.
6. Hadiah tidak boleh ditukar kepada peserta lain.
7. Sebarang surat menyurat samada melalui kertas ataupun emel untuk merayu tidak dilayan.
8. Syarat-syarat boleh dipinda tanpa sebarang notis.

Cara-cara menyertai

1. Mudah sahaja. Buat entri mengenai peraduan OhPemandu ini..
2. Di dalam entri tersebut perlu dinyatakan :-
a) Tajuk entri , Peraduan dari OhPemandu.com
b) Kenapa anda suka melayari website OhPemandu.com ( kalau tak suka pun kena tulis suka juga)
c) berikan tagline cadangan anda untuk OhPemandu. Maksima hanya 3 cadangan sahaja.
d) Setiap entri mesti menyertakan link ke entri ini ..ini linknya http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ (backlink). Tagline berbahasa Melayu sahaja akan diterima. Bahasa lain tak termasuk ye..
3. Selepas publish entri, sila maklumkan ke emel :- mansterx [at] gmail.com , gantikan [at] dengan @. Sebarang penyertaan tanpa memaklumkan ke emel tidak layak menyertai. Ini bagi memudahkan pihak kami untuk menghantar hadiah kepada peserta berjaya.

Tarikh Penyertaan dan tarikh tutup :-
Tarikh bermula dari tarikh entri ini di publish sehingga 30 September 2010 (lebih kurang 2 bulan). Penyertaan selepas 30 September 2010 tidak akan dilayan walaupun anda meminta kabel-kabel merayu/
Keputusan akan diumumkan pada penghujung Oktober 2010 (belum diputuskan lagi).

Hadiah :-
Tempat Pertama :- RM 100 beserta cenderahati(belum diputuskan lagi)
Tempat Kedua :- RM 50 beserta cenderahati
Tempat Ketiga :- RM 20 beserta cenderahati

Peserta pertama menyertai , RM 30 beserta cenderahati.

Hadiah Saguhati :- belum difikirkan lagi.. Tunggu je la..

————————————————————-
Sebulan berlalu.. Tinggal sebulan je lagi tapi masih tiada walaupun peserta pertama. . Gua dah mula kecewa..

Related Posts with Thumbnails

19 Responses to “Peraduan mencari tagline untuk OhPemandu”

  1. Peraduan dari OhPemandu.com « Blog Zool Ligakampung Says:

    [...] ini dengan jayanya berjaya memulakan satu contest / peraduan untuk OhPemandu.com. Mungkin ada sesetengah dari anda yang tak tahu macammana nak menyertainya. Untuk entri ini si Zool [...]

  2. x-po Says:

    wah, hadiahnya cam gempak gak ni bro hehe

    [Reply]

  3. Tweets that mention Oh Pemandu » Blog Archive » Peraduan mencari tagline untuk OhPemandu -- Topsy.com Says:

    [...] This post was mentioned on Twitter by Luth Textile, Zool ligakampung. Zool ligakampung said: Susah sangat ke peraduan ni?? Takde yang berani join pung http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ [...]

  4. Luth Textile Says:

    tungguu…. aku sertai

    [Reply]

  5. Loq Says:

    Whoa! Hadiah lumayan! Apa kriteria untuk mendapat hadiah dari tempat pertama hingga saguhati?

    [Reply]

    Pemandu cute Reply:

    kriteria dia dirahsiakan.. yang penting cari ‘tagline’ terbaek untuk OhPemandu .. Itu kata boss..

    [Reply]

  6. IMCurtain.com Says:

    Oh Pemandu » Blog Archive » Peraduan mencari tagline untuk OhPemandu…

    Mari dapatkan hadiah menarik dengan hanya menyertai contest mudah dari OhPemandu.com…

  7. miss lolly Says:

    boleh wat wang poket adiah tu :) )

    [Reply]

  8. sky8men Says:

    mcm bez..huhuu

    [Reply]

  9. mai pot! pot! Says:

    macam menarik. but, nanti ku pikir2 nak join ke tak. ngee^^

    [Reply]

    Pemandu cute Reply:

    join le.. tak de org lagi ni

    [Reply]

  10. Nur Najaa^^ Says:

    wahhh. ohpemandu plak ? amoeh..banyak gila orang guna nama oh skunk.
    Oh Tidak, Oh Artis, Oh Islam, Oh Jika, haish~~ yg terbaru Oh Facebook !
    Dahsyat ahh~
    cam best je..heee..nanti saya pikiaq lain. hehe !

    [Reply]

    Zool Ligakampung Reply:

    sebenar dah lama org guna nama Oh ni.. dah perlahan dah..
    masuklah peraduan ni. baek punya

    [Reply]

  11. TeDi Says:

    tagline tu kira macam ayat gitu ek? boleh bg contoh? =))

    [Reply]

    Pemandu cute Reply:

    contoh
    ‘ blog paling cool masakini’…
    cipta je la ayat yg sesuai berdasarkan blog ni..

    –> boss cakap camtu..

    [Reply]

  12. pusher Says:

    awat xhabaq hadiah duit…kne hantar orng nie…

    [Reply]

  13. pj Says:

    wow gempaq

    [Reply]

  14. firus Says:

    Oh Pemandu….

    Visitors Dipandu
    Blog Pun PADU !!!

    [Reply]

    Zool Ligakampung Reply:

    ha hahahaha..
    tapi ni tak dikira .. kalau nak join kenalah ikut syaratnya ye..

    [Reply]

Leave a Reply