Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kalau anda perhatikan, blog OhPemandu ni tiada ‘tagline’ lagi. Si Zool dan krew OhPemandu telah bertungkus lumus mencari ‘tagline’ yang sesuai namun masih buntu. Jadi setelah melakukan perbincangan sesama ahli, maka elok kiranya kami meminta jasa baik pihak pembaca untuk mencari tagline yang sesuai. Tapi mestilah ada ganjarannya kan.. Jadi dengan berbesar hatinya dibuka peraduan untuk mencari tagline untuk OhPemandu. Biasalahkan, mana-mana peraduan mesti ada hadiah, syarat, cara dan tarikh tutup. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu anda baca dengan teliti kalau ingin menyertai peraduan ini..
Syarat-syarat penyertaan
1. Penyertaan terbuka kepada blogger sahaja (kepada yang tiada blog, eloklah kiranya mendaftar blog )
2. Warganegara Malaysia (hadiah akan dihantar kepada peserta dari Malaysia sahaja).
3. Mereka yang mempunyai tali persaudaraan yang dekat serta berada di tempat kerja yang sama dengan penganjur tidak layak menyertai (bagi mengelakkan kroni yang menang atau sakit hati bila kalah).
4. Idea mestilah asli dan tidak dicuri dari mana-mana. Ingat ye..
5. Pastikan anda mempunyai akaun bank di Malaysia. Sekiranya tiada kemenangan anda mungkin sia-sia sahaja.
6. Hadiah tidak boleh ditukar kepada peserta lain.
7. Sebarang surat menyurat samada melalui kertas ataupun emel untuk merayu tidak dilayan.
8. Syarat-syarat boleh dipinda tanpa sebarang notis.
Cara-cara menyertai
1. Mudah sahaja. Buat entri mengenai peraduan OhPemandu ini..
2. Di dalam entri tersebut perlu dinyatakan :-
a) Tajuk entri , Peraduan dari OhPemandu.com
b) Kenapa anda suka melayari website OhPemandu.com ( kalau tak suka pun kena tulis suka juga)
c) berikan tagline cadangan anda untuk OhPemandu. Maksima hanya 3 cadangan sahaja.
d) Setiap entri mesti menyertakan link ke entri ini ..ini linknya http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ (backlink). Tagline berbahasa Melayu sahaja akan diterima. Bahasa lain tak termasuk ye..
3. Selepas publish entri, sila maklumkan ke emel :- mansterx [at] gmail.com , gantikan [at] dengan @. Sebarang penyertaan tanpa memaklumkan ke emel tidak layak menyertai. Ini bagi memudahkan pihak kami untuk menghantar hadiah kepada peserta berjaya.
Tarikh Penyertaan dan tarikh tutup :-
Tarikh bermula dari tarikh entri ini di publish sehingga 30 September 2010 (lebih kurang 2 bulan). Penyertaan selepas 30 September 2010 tidak akan dilayan walaupun anda meminta kabel-kabel merayu/
Keputusan akan diumumkan pada penghujung Oktober 2010 (belum diputuskan lagi).
Hadiah :-
Tempat Pertama :- RM 100 beserta cenderahati(belum diputuskan lagi)
Tempat Kedua :- RM 50 beserta cenderahati
Tempat Ketiga :- RM 20 beserta cenderahati
Peserta pertama menyertai , RM 30 beserta cenderahati.
( Loq –> Hadiah akan diberi selepas Raya. )
Hadiah Saguhati :- belum difikirkan lagi.. Tunggu je la..
————————————————————-
Sebulan berlalu.. Tinggal sebulan je lagi tapi masih tiada walaupun peserta pertama. . Gua dah mula kecewa..
Peserta
1. http://everydayeah.blogspot.com/2010/09/peraduan-dari-ohpemanducom.html
2. Miro Corners
3. Bro FrameStone
4. FaizalPejay
5. Luthtextil
6. Jawabaek
7.Mynameisrashid
8. XPDC Ali
9. Khaizarien
10. Kronologi Hidupku
11. Saya Nur ANis
12. Belog Suzie Rahman
13. ANitadahahs banyak songeh
14. MyApeapeaje
Jumlah Peserta :- 14 orang.. Tunggu je la kawan-kawan.. Anda akan di contact melalui emel …
33 Responses to “Peraduan mencari tagline untuk OhPemandu”
Leave a Reply
July 25th, 2010 at 3:27 am
[...] ini dengan jayanya berjaya memulakan satu contest / peraduan untuk OhPemandu.com. Mungkin ada sesetengah dari anda yang tak tahu macammana nak menyertainya. Untuk entri ini si Zool [...]
July 25th, 2010 at 1:30 pm
wah, hadiahnya cam gempak gak ni bro hehe
[Reply]
July 25th, 2010 at 1:38 pm
[...] This post was mentioned on Twitter by Luth Textile, Zool ligakampung. Zool ligakampung said: Susah sangat ke peraduan ni?? Takde yang berani join pung http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ [...]
July 27th, 2010 at 1:14 pm
tungguu…. aku sertai
[Reply]
July 27th, 2010 at 1:16 pm
Whoa! Hadiah lumayan! Apa kriteria untuk mendapat hadiah dari tempat pertama hingga saguhati?
[Reply]
Pemandu cute Reply:
July 27th, 2010 at 1:58 pm
kriteria dia dirahsiakan.. yang penting cari ‘tagline’ terbaek untuk OhPemandu .. Itu kata boss..
[Reply]
July 27th, 2010 at 1:55 pm
Oh Pemandu » Blog Archive » Peraduan mencari tagline untuk OhPemandu…
Mari dapatkan hadiah menarik dengan hanya menyertai contest mudah dari OhPemandu.com…
July 30th, 2010 at 3:50 am
boleh wat wang poket adiah tu
)
[Reply]
July 31st, 2010 at 1:54 pm
mcm bez..huhuu
[Reply]
August 2nd, 2010 at 6:49 am
macam menarik. but, nanti ku pikir2 nak join ke tak. ngee^^
[Reply]
Pemandu cute Reply:
August 2nd, 2010 at 1:56 pm
join le.. tak de org lagi ni
[Reply]
August 12th, 2010 at 1:53 am
wahhh. ohpemandu plak ? amoeh..banyak gila orang guna nama oh skunk.
Oh Tidak, Oh Artis, Oh Islam, Oh Jika, haish~~ yg terbaru Oh Facebook !
Dahsyat ahh~
cam best je..heee..nanti saya pikiaq lain. hehe !
[Reply]
Zool Ligakampung Reply:
August 12th, 2010 at 4:26 am
sebenar dah lama org guna nama Oh ni.. dah perlahan dah..
masuklah peraduan ni. baek punya
[Reply]
August 16th, 2010 at 10:02 am
tagline tu kira macam ayat gitu ek? boleh bg contoh? =))
[Reply]
Pemandu cute Reply:
August 17th, 2010 at 2:03 am
contoh
‘ blog paling cool masakini’…
cipta je la ayat yg sesuai berdasarkan blog ni..
–> boss cakap camtu..
[Reply]
August 19th, 2010 at 1:11 am
awat xhabaq hadiah duit…kne hantar orng nie…
[Reply]
August 22nd, 2010 at 5:19 am
wow gempaq
[Reply]
August 30th, 2010 at 8:23 am
Oh Pemandu….
Visitors Dipandu
Blog Pun PADU !!!
[Reply]
Zool Ligakampung Reply:
August 30th, 2010 at 8:29 am
ha hahahaha..
tapi ni tak dikira .. kalau nak join kenalah ikut syaratnya ye..
[Reply]
September 18th, 2010 at 4:16 am
slm lebaran syawal buat pemandu dan seisi keluarga..
nnt la fikir ek.. oh apa..
[Reply]
September 28th, 2010 at 4:12 pm
[...] klik pautan ini http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/dan selamat memandu ke OhPemandu.com hari2 Tweet [...]
September 29th, 2010 at 2:55 pm
[...] oh! pemandu, iaitu saudara Zul Liga Kampung kita! Haha. Sebenarnya dah lama blog Oh Pemandu buat pertandingan ni tapi kali ni baru saya berkesempatan nak sertai, orang sibuk la katakan! Hahaha Alasan tak boleh [...]
September 29th, 2010 at 5:54 pm
[...] menjelang Oktober, nak tau kontest apa? Kontes mencari tagline untuk OhPemandu.com. Aku dapat tahu kontest ni dari Luthtextil, walaupun hampir tamat tarikh, aku nak try nasib, [...]
September 29th, 2010 at 6:57 pm
dah ade pertanda dah tue… tau2 je esok cukup 10 kan
[Reply]
Zool Ligakampung Reply:
September 30th, 2010 at 12:04 am
AMIN…
[Reply]
September 30th, 2010 at 2:50 am
Salam,
aku join hari last…haha
[Reply]
September 30th, 2010 at 3:23 am
[...] klik je pautan ini, http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ [...]
September 30th, 2010 at 4:09 am
[...] 1Malaysia..haha…tertarik dengan peraduan yang dianjurkan oleh Oh!Pemandu nie…tujuan blog oh!Pemandu ini mengadakan pertandingan adalah untuk mencari tagline yang [...]
September 30th, 2010 at 8:05 am
Aku dah join…senang2 menjengahla ke blog aku yang ringan..hehe
[Reply]
September 30th, 2010 at 8:16 am
ni link nya..thks erk
http://suzierahman.blogspot.com/2010/09/contest-tagline-by-oh-pemadu.html
[Reply]
September 30th, 2010 at 1:37 pm
salam..
saya dah polo & join yer..
http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/09/peraduan-dari-ohpemanducom.html
thanks..
[Reply]
September 30th, 2010 at 6:22 pm
hope der rezeki kt sini..thks br0..
[Reply]
October 1st, 2010 at 1:44 am
tak sabar nak tunggu keputusan!
pastikan ada hadiah untuk sagu hati ye..hehe
[Reply]