Oh Pemandu
| Pemandu Oh Pemandu |
Iklan sponsor OhPemandu

Ada sesiapa nak iklan produk di OhPemandu.com ? Hubungi mansterx[at] gmail.com .tukarkan [at] ke @

Tips bila buat silap di jalanraya

Posted on July 18th, 2010 by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kebiasannya blog OhPemandu dipenuhi dengan gambar-gambar samada lucu, pelik, unik atau bentuk kesalahan. Untuk entri kali ini, elok kiranya berkongsi tips-tips yang mungkin boleh menjadi panduan kepada kita.

Kadangkala kita sebagai pemandu akan melakukan kesilapan akibat kecuaian sendiri. Kadangkala kesilapan itu akan menjadi lebih teruk kalau kita tidak pandai mengawalnya. Berikut merupakan tips yang mungkin boleh digunakan jika kita melakukan kesilapan :-

1. Sekiranya anda telah melakukan kesilapan dengan keluar tergesa-gesa dari simpang dan hampir bertembung dengan kereta, jangan panik. Kereta yang hampir berlanggar mungkin akan menjerit/hon. Jangan dilayankan dan cuba jarakkan diri kereta anda dan kereta tersebut. Biarkan ianya bergerak jauh dan jangan sesekali cuba memotong. Kenapa? Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang lebih buruk berlaku kerana kita tidak tahu siapa pemandu tersebut. Kadangkala mungkin mereka pembuli jalanraya. Siapa tahu.. Kalau boleh elakkan dari mengekori jalan yang sama. Sekiranya ada simpang yang membolehkan anda sampai ke destinasi yang sama, cuba masuk sebelum kereta tersebut.
2. Mungkin anda pernah mendapat isyarat ‘light beam’ yang menyatakan terdapat sekatan jalanraya di hadapan. Cuba elakkan dari berpatah balik walaupun mungkin anda ada melakukan kesalahan kecil dalam kenderaan anda. Kadangkala sekatan jalanraya untuk menjejak penjenayah dan tak perlu ditakutkan walau kereta anda menggunakan ‘tinted gelap’.
3. Enjin kereta anda mati di persimpangan lampu isyarat.Kebiasaannya anda akan mendengar bunyian ‘hon’ dari belakang kenderaan anda. Perkara pertama ialah bertenang dan pastikan gear dalam ‘Neutral’. Selepas itu hidupkan enjin perlahan-lahan sebelum memasukkan ‘gear 1′. Jangan peduli sekiranya anda mendapat maki hamun dari pemandu yang memotong anda. Abaikan ia dan teruskan perjalanan dengan selesa.
4. Terlanggar bumper kereta orang hadapan. Jikalau anda berseorangan, elakkan dari berhenti di kawasan sunyi. Seeloknya cari tempat sesuai untuk berhenti dikawasan yang boleh diperhatikan oleh orang lain. Telefon rakan terdekat anda/polis untuk datang ke kawasan terbabit. Selepas berhenti, perhatikan situasi pemandu tersebut, sekiranya mereka dalam keadaan mencurigakan elok kiranya anda jangan keluar dan hanya berinteraksi di pintu kereta sahaja sebelum rakan/pihak polis tiba.
5.Tergesel dengan kereta orang ketika parking. Seeloknya tunggu pemilik kereta atau tinggalkan nota dan no telefon anda. Janganlah biarkan pemilik kereta tersebut sakit hati bila melihat calar pada keretanya. Bayangkan kalau anda yang mengalami keadaan tersebut.Pasti sakit hatikan.

Okay cukuplah entri setakat ini. Jika anda mempunyai tips-tips yang lain bolehlah kongsikan bersama. Sekian

“AMARAN !! ENTRI INI DITULIS OLEH SEORANG PEMANDU BIASA. IA HANYALAH SEKADAR PERKONGSIAN BERDASARKAN PENGALAMAN. APA YANG DITULIS TIDAK SEMESTINYA SESUAI DIGUNAKAN BILA BERLAKU PERKARA-PERKARA BERKAITAN. PIHAK OHPEMANDU.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DIATAS SEBARANG KEROSAKAN MENGGUNAKAN TIPS DIATAS ”

Related Posts with Thumbnails

Join the Discussion - Post your comment Leave a Reply