KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengumumkan pengecualian tol kepada semua kelas kenderaan yang melalui lebuh raya ke arah Pantai Timur sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

free image hosting
Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata tol percuma itu membabitkan tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) yang berada di bawah pengurusan MTD Prime, untuk tempoh tertentu seperti yang ditetapkan. Beliau berkata, mulai jam 9 malam pada 7 September depan hingga 6 pagi 8 September keesokan harinya, pengguna dikecualikan daripada membayar tol.
Malah, katanya, pengguna juga tidak dikenakan sebarang pembayaran tol pada 15 September mulai jam 9 malam sehingga 6 pagi (16 September).
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Gombak, hari ini.
Sumber :- BHarian
Berita baik untuk pemandu di Lebuhraya tersebut. Tapi janganlah sebab dapat free ramai yang lalu waktu tersebut. Nanti jem pula jalan situ. Tapi apsal 7 September ek?? Kan dah selesai raya tu…
One Response to “9 jam tol percuma Lebuhraya KL-Karak, LPT1”
Leave a Reply
August 16th, 2012 at 11:26 pm
peluang baik. tapi tertanya2 juga kenapa selepas hari raya…heeee