Oh Pemandu
| Pemandu Oh Pemandu |
Iklan sponsor OhPemandu

Ada sesiapa nak iklan produk di OhPemandu.com ? Hubungi zzarizi[at] gmail.com .tukarkan [at] ke @

Kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?

Posted on August 10th, 2012 by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sekarang ni tengah sibuk bercerita tentang teknologi AES yang akan memberi impak kepada pemandu di Malaysia. Jadi saya berkongsi info dari Facebook JPJ mengenai kelebihan penguatkuasaan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada :-
AES kamera
photo upload

1. Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
2. Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
3. Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
4. Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
5. Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
6. Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
7. AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
8. Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. 9. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
10. Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
11. AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-
i. Memotong di garisan berkembar;
ii. Memotong di sebelah kiri jalan;
iii. Lebih Muatan;
iv. Potong barisan;
v. Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
vi. Penguatkuasaan laluan bas.

Sumber :- Facebook JPJ

Apa pandangan anda?? Bagus ke tidak penggunaan AES ni?

Related Posts with Thumbnails

Join the Discussion - Post your comment  One Response to “Kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?”

  1. Saha Says:

    Bagus, ianya akan menambahkan lagi duit ke dalam “Tabung kerajaan Barisan Nasional”
    Rakyat dari masa ke semasa akan sentiasa disaman, majulah AES untuk negara, Rakyat didulukan utk saman, janji ditepati setiap bulan utk membayar saman. 1malaysia bayar saman ye, tak bayar aku sita kereta ko!

    [Reply]

Join the Discussion - Post your comment Leave a Reply