Oh Pemandu
| Pemandu Oh Pemandu |
Iklan sponsor OhPemandu

Ada sesiapa nak iklan produk di OhPemandu.com ? Hubungi zzarizi[at] gmail.com .tukarkan [at] ke @

Pemandu nahas lesap

Posted on September 12th, 2012 by

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

BANDAR BAHARU: Kemalangan sebuah Honda City dengan treler di Kilometer 173, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berdekatan Bandar Baharu, menimbulkan tanda tanya berikutan polis dipercayai menemui dadah dalam kereta itu, kelmarin.

Lebih mengejutkan, pemandu kereta terbabit dipercayai terus menghilangkan diri, manakala rakan lelakinya yang dikejarkan ke Hospital Parit Buntar akibat kecederaan melarikan diri sebelum pemeriksaan dilakukan.

Kejadian dipercayai berlaku jam 11 pagi apabila sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki melanggar bahagian belakang treler berkenaan yang sebelum itu terbabas di lereng bukit.

Sumber berkata, akibat pelanggaran itu, kereta yang dinaiki dua lelaki itu rosak teruk, sementara pemandu treler berkenaan yang cedera dihantar orang ramai ke hospital berhampiran.

Menurut sumber itu, orang ramai yang cuba membantu mangsa yang berada di dalam kereta terbabit terkejut apabila tidak menemui pemandunya.

“Ketika orang ramai datang membantu, tempat duduk pemandu kosong dan hanya penumpang saja di tempat duduk penumpang depan yang cedera dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit dipercayai melarikan diri apabila gagal ditemui bagi pemeriksaan dan untuk diambil keterangan oleh polis,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, pemeriksaan polis ke atas kereta itu menemui dadah di dalamnya yang menimbulkan pelbagai persoalan kemungkinan dua suspek itu terbabit dalam kes jenayah atau sindiket pengedaran dadah.

“Pada masa ini, polis masih menyiasat kejadian berkenaan termasuk mengenal pasti kereta yang dilaporkan hilang di selatan tanah air,” kata sumber itu.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sumber :- HMetro

Memang itulah yang terjadi bila buat salah. Walaupun mengalami kecelakaan dan kesakitan namun perlu lari dari ditangkap kan? Nasib korang le. Harap-harap polis dapat tangkap penjenayah ni.. Mungkin boleh buat pemeriksaan cap jari atau DNA kat kereta yang mengalami kemalangan tu..

Join the Discussion - Post your comment Leave a Reply